KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada malam Khamis.
Datuk Amar Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada majlis tersebut.
Antara kenamaan yang menghadiri acara tersebut adalah Tuan Yang Terutama negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Menteri bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa dan barisan menteri kabinet negeri Sabah.
Majlis tersebut menyaksikan tayangan Montaj Khas Malaysia Prihatin dan upacara simbolik menandatangi buku khas sambutan Hari Malaysia 2021. -EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS